Mayat Tak Diterima Bumi Di Malaysia
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun
1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama
Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama
sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar
adalah seorang bomoh di kampung tersebut.
Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap
kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan
berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar
budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.
Salleh terdengar
seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah
didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding
yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.
Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan
cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya
dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh
dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur
tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.
Matanya kelihatan tersembul
dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain
putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat
mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa
membuang masa Salleh terus melarikan diri.
Sampai saja dirumah
beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya
sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama
mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan
hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit
beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.
Dengan cara
ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang
kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan,
tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang
dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.
Selepas makan
malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata
dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka
matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.
Salleh
cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong
sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau
berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang
sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan
diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia
bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk
pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh
dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik
mandi.
Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang
sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang
bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat
tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa
seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa
yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas
tol :
1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.
UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)
korang rasa TERKENA? xkn xnk kongsi ngan kekawan?
apa lagi? jom share. baru ADIL samer2 kena hahaha.
admin pom terkena jugak macam korang! best apa hahaha
cerita ini admin dapat dari blog,jgn marah. ini cerita lama.xtau pulak famous jugak yer hahaha
#gambar sekadar hiasan sahaja :):) peace yow!!

No comments:
Post a Comment