Monday, 28 May 2012

WANITA KEBAYA MERAH


 
cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan..jelmaan itu muncul dalam gambar yang di ambil seorang lelaki di sebuah stesen minyak di bahagian utara semenanjung..


JELMAAN WANITA INDIA DI DALAM CERMIN


 
gambar ini dikatakan di ambil secara tidak sengaja oleh seorang penyewa di sebuah resort pahang dan di siarkan akhbar tempatan..mengikut akhbar terdapat seorang wanita india yang mati dibunuh di bilik yang sama sekitar tahun 90an,betul atau tidak wallahu'alam..

IMEJ KETIGA YANG SEPATUTNYA TIADA



gambar ini juga terkenal kerana telah disiarkan akhnar kosmo,terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang tidak sepatutnya wujud..

POCONG DI KAWASAN KILANG


 
gambar ini dikatakan di ambil di kawasan letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam,dia pada mulanya mendengar dentuman lantas pergi ke kawasan tersebut dan sempat merakamkan apa yang di lihatnya menggunakan telifon bimbit..

LEMBAGA PUTIH MEMEGANG BATU NISAN


   
imej ini memang terkenal di internet sekitar tahun 2007,dikatakan di ambil oleh seorang pelajar uitm lendu melaka menggunakan kemera berfilem,lembaga ini muncuk di bahagian tepi..sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawan nya ingin menganbil gambar rakan nya yang berdiri di bahu jalam pada lewat petang selepas pulang bersiar-siar di bandar melaka..

JELMAAN DI BALAI POLIS TINGGAL


gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya karak oleh sekumpulan penyiasat paranormal tempatan..

LEMBAGA DI LOKASI KAWASAN KEMALANGAN


gambar ini dikatakan terkenal selepas telah di siarkan di akhbar kosmo,terdapat 3imej makluk yang sempat di rakamkan oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan BMW di jalan kuantan-gambang pada 17jun 2011 yang lepas..bagaimana pun 4mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta tersebut remuk dan melekat di sebatang pokok..

BATU NESAN MENJENGUK TINGKAP


gambar asal dan perhatikan jelmaan batu nesan di tingkap..
gambar yang di ambil di tempat seram terkenal di higland tower..

HANTU KERETA REMUK


gambar ini di katakan di ambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu yang kemalangan yang singgah melihat kereta nya,pemandu telah di hantar ke hospital dan tiada orang yang meninggal dunia dalam kemalangan tersebut,terlihat jelmaan wanita bertudung di dalam kereta tersebut dan kejadian ini di katakan berlaku di lebuhraya AMJ melaka..

HANTU BUDAK CINA DI TOL PLAZA

ini adalah gambar yang di imbas dari sebuah akhbar cina sekitar tahun 2007/2008..kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tentang imej kanak2 yang berbaju biri dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar..gambar ini di katakan di tangkap sejurus selepas sebuah bas kemalangan di sebuah plaza tol yang menyebabkan seorang pemandu terkorban dalam nahas ini..

JENIS-JENIS SIHIR

  • JENIS-JENIS SIHIR

     
    PATUNG
    Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
    SANTAU
    Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

    TELUR LAYANG
     
    Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.


    TANGKAL dan AZIMAT
    Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.


    SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
    Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

    CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
    Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

    Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
    Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 
     
    1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
    2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
    3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

4JENIS HANTU YANG POPULAR

4JENIS HANTU YANG POPULAR


  • Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
  • Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
  • Polong : Bagi menghisap darah mangsa
  • Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Tuesday, 22 May 2012

Kisah Ka’abah Yang Tidak Ramai Orang Tahu

Kisah Ka’abah Yang Tidak Ramai Orang Tahu

Sedikit maklumat berkaitan Kaabah…

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui

101 alasan Mengapa Perempuan Islam Mesti Bertudung



101 alasan Mengapa Perempuan Islam Mesti Bertudung

1. Menjalankan syi'ar Islam.
2. Berniat untuk ibadah.
3. Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.
4. Karena saya ingin ta'at kepada Allah yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi, dan menolong saya.
5. Kerana saya ingin ta'at kepada Rasul-Nya, pembimbing ummat dengan risalah beliau.
6. Untuk memperoleh Redha Allah (InsyaAllah) .
7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmat-Nya yang tiada putus.
8. Seluruh ulama sepakat bahwa hukum mengenakan tudung itu wajib.
9. Agar kaum wanita menutup auratnya.
10. Bukan karena mahu bergaya.
11. Bukan karena mengikut trend.
12. Bukan karena berlagak baik.
13. Bukan kerana mahu menyembunyikan dosa .
14. Tidak sekadar bermaksud agar berbeza dari yang lain.
15. Meninggikan darjat wanita dari belenggu kehinaan yang hanya menjadi objek nafsu semata. 16. Tudung sesuai untuk semua wanita yang mau menjaga dirinya dari objek nafsu semata.
17. Saya ingin menjadi wanita solihah.
18. Saya tengah berusaha mencapai darjat taqwa.
19. Tudung adalah pakaian taqwa.
20. Tdung adalah identiti wanita muslimah.
21. Diawali dengan mengenakan tudung, saya ingin menapak jalan ke surga.
22. Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian.
23. Istri-istri Rasulullah berbusana muslimah.
24. Para sahabiah (sahabat Rasulullah yang wanita) juga berbusana muslimah.
25. Mereka merupakan anutan seluruh muslimah, begitu juga saya.
26. Semoga Allah memberikan kepada kita balasan jannah yang sama seperti mereka.
27. Untuk meninggikan izzah Islam.
28. Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah).
29. Tudung lebih melindungi diri.
30. Membuat saya lebih merasa aman.
31. Menjaga diri dari gangguan lelaki gatal.
32. Menjaga diri dari obyek pandangan lelaki yang hanya ingin `cuci mata'.
33. Menjaga diri dari objek syahwat lelaki.
34. Menjaga diri dari mata lelaki yang bernafsu.
35. Menjaga diri dari tangan-tangan lelaki yang ingin meraba.
36. Menghindar dari zina mata dan zina hati.
37. Merupakan pencegahan dari perbuatan zina itu sendiri.
38. Tudung dapat menghindari saya dari sikap-sikap yang negatif.
39. Tudung dapat menghapus keinginan-keinginan yang menyimpang.
40. Membuat saya lebih bersahaja.
41. Membuat saya lebih khusyu'.
42. Mejauhkan saya dari perbuatan dosa (insyaAllah) .
43. Membuat saya malu bila berbuat dosa.
44. Mendekatkan saya pada Allah.
45. Mendekatkan saya pada Rasulullah.
46. Mendekatkan saya pada nabi-nabi-Nya.
47. Mendekatkan saya pada sesama muslim.
48. Mendekatkan saya pada ajaran Islam.
49. Membuat saya tetap ingin belajar tentang Islam.
50. Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran Islam.
51. Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran Islam.
52. Ajaran Islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yang kuno.
53. Tudung bukan sesuatu yang kuno.
54. Mengatakan Tudung itu kuno berarti telah menggugat undang2 Allah.
55. Allah Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik bagi ummat-Nya.
56. Tudung, berarti menandakan kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.
57. Merupakan satu barometer telah terbentuknya suatu lingkungan yang Islami.
58. Membezakan diri dari penganut agama lain.
59. Memudahkan dalam mengenali sesama saudari seiman.
60. Memperkuat tali silaturahmi dan ukuwah sesama muslimah.
61. Menghilangkan keraguan saya bila ingin menyapa saudari muslimah.
62. Memudahkan menanamkan rasa sayang-menyayangi sesama saudara/saudari seiman.
63. Membuat saya lebih terlihat anggun.
64. Membuat saya terlihat menyenangkan.
65. Membuat saya lebih terlihat wanita.
66. Tidak terlihat seperti laki-laki.
67. Membuat saya selalu berada dalam lingkungan yang Islami.
68. Tudung menjaga saya dari pergaulan yang salah.
69. Memudahkan saya, dengan ijin Allah, mengenal lelaki yang salih.
70. Wanita yang baik (solehah) dengan lelaki yang baik (solih) pula.
71. Mudah-mudahan saya diberi jodoh lelaki yang salih.
72. Jodoh merupakan urusan Allah.
73. Dengan keta'atan pada Allah, Allah akan memberikan kemudahan-Nya.
74. Memudahkan saya dalam berdakwah..
75. Membuat lebih mudah bergerak.
76. Tudung menjagaku sehingga tidak terlihat lekuk-lekuk tubuh
77. Sangat susah bila memakai pakaian wanita seperti trend saat ini (yang ketat).
78. Saya tidak suka memakai celana jeans.
79. Celana jeans yang ketat dapat menyebabkan cancer rahim karena suhu di sekitar rahim tidak beraturan (Panas).
80. Jimat masa dalam berpakaian.
81. Jimat masa dalam berhias.
82. Tidak perlu susah-susah selalu berusaha mengikuti trend mode yang berkembang.
83. Jimat biaya untuk membeli pakaian yang sedang trend.
84. Jimat biaya untuk membeli make up.
85. Melindungi kulit wajah dari make up yang dapat merusak kulit.
86. Melindungi kulit dari sengatan sinar matahari.
87. Meminimalkan penyakit cancer kulit.
88. Sengatan matahari dapat mengurangi kelembaban kulit sehingga kulit jadi kering.
89. Meminimalkan munculnya bintik-bintik hitam pada permukaan kulit akibat perubahan pigmen di usia tertenu.
90. Melindungi rambut dari debu-debu yang berterbangan.
91. Debu-debu itu dapat mengotori rambut dan menyebabkan rambut mudah kotor yang menyebabkan kebotakan.
92. Menuntun saya untuk hidup lebih sederhana.
93. Menghindari hidup yang membazir.
94. Membuat diri tidak silau dengan kemegahan dunia dan segala perhiasannya.
95. Membuat saya lebih memikirkan hal lain selain model dan perhiasan.
96. Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan ummat.
97. Lebih mudah dalam menabung.
98. Memiliki kesempatan untuk melakukan ibadah haji.
99. Memiliki kesempatan lebih banyak untuk berinfaq dan sedekah.
100. Itu berarti lebih banyak beramal untuk bekal di hari kemudian.
101. Membuat saya merasa menjadi wanita seutuhnya. .

10 FAKTA MENARIK TENTANG OTAK

10 FAKTA MENARIK TENTANG OTAK


1. Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.

2. Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tepatnya di sebuah bahagian yang disebut dengan Amygdala.

3. Setiap hari ada sekitar 85,000 neuron yang hilang dari otak kita. Terutama neuron-neuron yang tidak pernah kita guna.


4. Besar otak seseorang tidak menentukan kepandaiannya. Seseorang disebut pandai bergantung dari seberapa banyak SAMBUNGAN (connection) yang terjadi antara neuron.

5. Jika otak tidak dapat oksigen selama 5-10 minit, otak akan mengalami kerosakan teruk.

6. Otak TIDAK boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi. Imaginasi kita selalu dianggap kejadian yang betul oleh otak kita. Inilah asas ilmiah dari pentingnya melakukan visual positif.

7. Sesuatu yang bersifat sangat emosional akan jauh lebih kuat terakam dalam memori otak kita.

8. Informasi boleh diproses oleh otak kita secepat 120 meter/saat. Begitu cepatnya sehingga kita tidak menyedari prosesnya.

9. Alkohol boleh melemahkan hubungan antara neuron yang membuat kemampuan berpikir dan memori kita menjadi lemah.

10. Otak tidak memiliki sensor rasa sakit, sehingga otak tidak boleh merasakan sakit.

Petua Untuk Menghapuskan Jerawat

Petua Untuk Menghapuskan Jerawat

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.

2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah.

3. Bersihkan wajah dengans empurna setiap kali selepas mengunakan mekap.

4. Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yangs esuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.

6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.

8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat.

9. Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih

10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.

12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.

13. Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.

14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.

Bayi Lahir Bersama Alquran dari Rahim Ibunya

Bayi Lahir Bersama Alquran dari Rahim Ibunya

Semuanya adalah kehendak Allah swt. Banyak perkara ajaib dan luar biasa berlaku di akhir zaman ini. 7 Mei 2012 seorang bayi dilahirkan dengan tangannya menggenggam Al-Quran kecil. Keajaiban ini telah menyebabkan ibunya dab abangnya memeluk agama Islam pada tanggal 13 Mei 2012.


Peristiwa menakjubkan ini telah disaksikan sendiri oleh ulamak terkenal Nigeria Sheikh Abd Rahman Olanrewaju dan beliau sendiri menamakan bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda. Ulamak lain yang ikut serta ialah Sheikh Abdulrahman Sulaiman Adangba dan Dr Ramoni Tijani


Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook.
InsyaAllah..

Mayat Tak Diterima Bumi Di Malaysia

Mayat Tak Diterima Bumi Di Malaysia

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)


korang rasa TERKENA? xkn xnk kongsi ngan kekawan?
apa lagi? jom share. baru ADIL samer2 kena hahaha.
admin pom terkena jugak macam korang! best apa hahaha


cerita ini admin dapat dari blog,jgn marah. ini cerita lama.xtau pulak famous jugak yer hahaha

#gambar sekadar hiasan sahaja :):) peace yow!!

Pokok Rupa Hantu

Gambar ini di ambil oleh Christopter Martin di sebuah daerah di California, USA. Nampak menakutkan sekali.

Setiap kali Pesta Halloween lilin diletakkan di dalam lubang pokok supaya nampak lebih mengerunkan kepada sesiapa yang melihatnya.

Kalau pokok ini ditemukan kepada 'kaki ekor' dah sah akan jadi tempat pemujaan nombor 4d.

he ... he ... he ...

Misteri Lata Kinjang

HUTAN Lipur Lata Kinjang (HLLK) yang dikunjungi ramai saban minggu, sebenarnya menyimpan cerita misteri yang sangat unik dan penuh lagenda yang hanya diketahui oleh segelintir masyarakat setempat sahaja. Menurut sejarahnya, tempat itu dinamakan sebagai Lata Kinjang kerana di kawasan itu terdapat banyak Kijang. Orang lnggeris yang pernah sampai ke tempat itu pada zaman silam kerana memburu Kijang telah tersalah sebut nama Kijang lalu berubah kepada nama “Kinjang” hingga kekal namanya sampai sekarang.
Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Haslam Abdullah ketika ditemui turut mengesahkan Lata Kinjang banyak menyimpan kisah misteri yang sangat unik . “Bila waktu lapang saya bercerita kepada anak cucu untuk mendengar kisah Lata Kinjang,“ kataTok Batin Husin yang menyebut lata tersebut telah diteroka oleh empat keturunan bermula daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin. 

 Setakat ini belum ada usaha-usaha untuk membukukan cerita-cerita misteri dan sejarah Lata Kinjang. Ini bermakna, apabila kalangan orang tua-tua meninggal dunia, sekaligus akan lenyaplah cerita lagenda Lata Kinjang untuk diketahui oleh generasi muda.

 Tok Batin Husin berkata, di sekitar lata itu terdapat beberapa kesan yang ada kaitannya dengan sejarah kemunculan Lata Kinjang sejak ditemui oleh manusia beratus tahun lalu. Dia sendiri mengetahui sejarah lata itu daripada cerita mulut yang didengar daripada datuknya Allahyarham Mat Yakin dan bapanya Allahyarham Taha. Beliau berharap, ada di kalangan sembilan orang anak dan dua belas orang cucunya akan menjadi penyambung cerita mengenai sejarah Lata Kinjang kepada sesiapa yang ingin mendengar kisahnya.


Encik Haslam pula menyebut, ditingkat tiga lata terdapat bekas kesan tapak kaki Kijang yang melarikan diri atas kawasan lata setelah dikejar oleh Harimau Akar yang telah disumpah oleh kelembai menjadi batu. Kesan tapak kaki Kijang dan batu besar dari lembaga Harimau Akar masih boleh dilihat tersergam ditingkat tiga lata tersebut.

Di kawasan lata itu juga terdapat kesan kubur anak kelembai yang terbaring memanjang dalam lubang kubur yang sudah menjadi batu, bekas tapak kaki kelembai termasuk lesong menumbuk padi yang telah disumpah menjadi batu.

Beliau turut menceritakan kisah misteri seorang wanita cantik yang dipercayai sebagai ”Puteri Bunian” yang pernah menjelma di kawasan lata itu pada masa silam sehingga menarik perhatian seorang hartawan lnggeris yang bercita-cita ingin mengahwini puteri itu .

Menurut ceritanya, hartawan lnggeris itu yang secara kebetulan berkunjung ke Lata Kinjang dalam tahun 1900, telah diberitahu oleh masyarakat Orang Asli di situ mengenai penjelmaan seorang wanita cantik di kawasan lata terutama pada musim bulan mengambang.

Kerana terlalu ingin hendak melihat wajah puteri bunian itu, hartawan lnggeris itu telah membina sebuah banglo ditingkat satu lata dan membina tangga batu dari bawah hingga kepuncak lata itu. Beliau membina banglo itu sebagai tempat penginapannya untuk melihat secara dekat wajah puteri bunian yang dikatakan sering menampakkan dirinya bila menjelang senja.

Tetapi, setelah menunggu berbulan-bulan di situ, hajat hartawan Inggeris itu tidak kesampaian, lalu dia merasa kecewa dan terus pulang ke negara asalnya di Eropah dan telah meninggal dunia beberapa bulan kemudiannnya. Banglo yang dibina dengan kos yang mahal telah musnah dan rosak sedikit demi sedikit dan sekarang hanya tinggal rangkanya sahaja.

 Encik Haslam memberitahu, “Puteri Bunian” muncul ditengah-tengah lata untuk mandi bersama pakaian yang dipakainya dan berdiri tegak di atas batu lata dengan rambutnya yang panjang mengurai melepasi punggung. Puteri bunian itu yang disifatkan sebagai penunggu lata hanya menunjukkan dirinya beberapa minit sahaja kerana dia tidak mahu identitinya dikenali oleh manusia biasa. Kini, lagenda Puteri Bunian itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah sahaja kerana dia tidak muncul lagi di kawasan lata tersebut. Mungkin disebabkan lata tersebut telah menjadi tumpuan ramai dan dia enggan menjelmakan dirinya. Di kawasan lata itu juga terdapat serumpun pokok buluh perindu yang hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu sahaja. Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee dikatakan memiliki Buluh Perindu yang diambil daripada Lata Kinjang untuk ubat memerdukan suaranya.
Encik Haslam memberitahu, di kawasan lata itu juga terdapat banyak kambing gurun tetapi sukar diperangkap kerana ianya sangat lincah dan pandai menghilangkan diri. Beliau berkata, semua cerita misteri yang berlaku di kawasan lata itu menjadi cerita lisan yang bersambung dari mulut ke mulut sahaja. Beliau sendiri mengetahui cerita misteri lata daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.

“Saya bersetuju jika ada usaha untuk membukukan sejarah lagenda Lata Kinjang dijalankan oleh mana-mana pihak sama ada menerusi cerpen, novel, puisi atau pembikinan drama filem,’tegasnya. Beliau yakin, misteri lagenda Lata Kinjang akan menarik perhatian khalayak jika dapat dijadikan drama atau filem. Ia terserahlah kepada para karyawan filem dan drama untuk menjawabnya.

Misteri Istana Kellie

Pemanduan selama 30 minit ke selatan Ipoh menghala ke arah Batu Gajah akan membawa anda ke Ladang Getah Kinta Kellas. Di tengah kehijauan rumput yang subur, tersergam sebuah istana impian separuh siap kepunyaan William Kellie Smith, seorang peladang berbangsa Scotland yang kaya-raya.

Pembinaan yang bermula pada tahun 1915 ke atas istana besar yang mempunyai seni bina lain dari yang lain ini berhenti secara mendadak dengan kematian mengejut pemiliknya. Suasana misteri masih menyelubungi rumah besar yang menyeramkan ini. Adalah dipercayai istana ini juga mempunyai bilik-bilik rahsia dan terowong bawah tanah.

Setelah 67 tahun berlalu, khabar-khabar angin tentang peristiwa misteri istana ini telah menguatkan lagi lagenda impian yang tidak kesampaian bagi William Kellie Smith. Lagenda ini jugalah yang telah memberi satu daya tarikan kepada istana ini untuk terus menjadi satu destinasi pengunjung yang bersejarah.
Penemuan ganjil menyerupai seekor beruang di batang pokok batai atau dagang menjadikan Kellie's Castle sebagai kawasan pelancongan yang semakin terkenal dan terus dikunjungi pelancong domestik serta luar negara. Pengarah Eksekutif Kellie's Castle, Tajuddin Yaacob, berkata beliau berharap penemuan itu akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada kawasan pelancongan berkenaan khasnya serta Perak amnya. 
 
Kellie's Castle adalah istana zaman kolonial yang dibina antara 1909 hingga 1926 oleh seorang hartawan dari Scotland, Wiliam Kellie Smith di Kilometer 5.5 Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah, dekat sini.Tajuddin berkata, penemuan pada minggu pertama Aidilifitri lalu mengubah senario Kellie's Castle yang terkenal sebagai kawasan pelancongan penuh misteri di negara ini. Beliau berkata, jika selama ini pengunjung yang datang hanya memberi tumpuan kepada bangunan istana lama terbabit, kini mereka juga tidak melepaskan peluang melihat pokok batai atau dagang yang mirip wajah beruang itu serta meninjau kawasan berhampiran.
Katanya, apa yang menjadikannya lebih unik hanya terdapat satu pokok yang nama saintifiknya Albizia di kawasan pelancongan itu dan ia berasal dari Brazil. "Kami dapat melihat rupa seekor haiwan menyerupai beruang seakan-akan memeluk batang pokok batai atau dagang yang besar itu."Pokok terbabit terletak kira-kira 50 kilometer dari Kellie's Castle dan dikatakan berusia lebih 40 tahun."Pihak pengurusan Kellie's Castle akan membuat satu papan tanda khas mengenai pokok itu supaya ia menjadi tumpuan pengunjung terutama pengunjung Kellie's Castle," katanya. 
 
Tajuddin berkata, Kellie's Castle menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama pada hujung minggu dan musim cuti seperti cuti umum atau persekolahan.Katanya, selain pelancong domestik dari negeri ini dan seluruh negara, ia dikunjungi pelancong luar dari Australia, Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara Eropah lain serta Asia."Boleh dikatakan ramai yang datang dari United Kingdom, mungkin kerana Smith berasal dari Scotland," katanya.Kellie's Castle adalah istana lama yang dibangunkan sebagai lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes. 
 
Bagamanapun, ia gagal disiapkan kerana kematian Smith pada 1926.Kellie's Castle yang diperbuat daripada batu bata merah dan marmar diimport dari India setinggi enam tingkat mempunyai 24 bilik dan sebuah terowong bawah tanah yang menghubungkan istana itu dengan kawasan estet berhampiran.

Hantu Api

Jika ditelitikan api yang sedang marak membakar rumah seolah-olah seperti 'hantu'.
Dengan jelas kita boleh melihat mata, mulut, kaki dan tangan Hantu Api seakan sedang mengamuk untuk memusnahkan seluruh rumah tersebut.